MAJLIS IFTAR DAN PERLANCARAN DANA PEMBANGGUNAN KOMPLEKS PAS TAMBUN

>> Wednesday, August 11, 2010


SOLAT TARAWIKH , CERAMAH DAN PERASMIAN DANA WAKAF
KOMPLEKS PAS KAWASAN TAMBUN
PENCERAMAH
DATO' SERI MOHD NIZAR BIN JAMALUDDIN
(Timb Pesuruhjaya PAS Perak)

TEMPAT

PUSAT TARBIYIAH TAMAN MERU

TARIKH

13/8/2010/ 3 RAMADHAN/JUMAAT
MASA

SOLAT ISYA' & TARAWIKH BERJAMAAH

Read more...

TOK SAMI IKUT SEMBAHYANG




Gambar yang tidak tahu sumber ni menunjukkan beberapa orang sami budha menjadi makmum solat di dalam sebuah masjid.

Read more...

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN FAKIR MISKIN

>> Monday, August 09, 2010

Sdr Zairul Azrun B Zainal Abidin Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun menyampaikan sedikit sumbangan untuk mengantikan atap-atap yang usang, turut kelihatan AJK PAS Cawangan Manjoi Lama & Baru.
Pemimpin UMNO yang lalu-lalang di jalan baginda ini seolah-olah tidak mahu lihat rumah yang usang ini, walaupun apa sahaja alasan mereka ini adalah manusia seperti kita yang perlu di bantu. Dengan keadaan rumah yang sangat usang En Mohd Nizam akan menyambut Ramadhan al-Mubarak dengan begitu menyayat hati , apatah lagi apabila lebaran yang akan diraikan nanti.

GreenBoy : Pakcik ni dulu UMNO tegar, tetapi dia kata pilihanraya akan datang dia tidak teragak-agak akan mengundi Pakatan Rakyat (masih tergiang-giang kume kena maki dgn pak cik ni bila ayam-ayamya digangu bila kami naikkan bendera di pokok rumahnya ) he 3x

Read more...

MONTAGE PERASMIAN KONVENSYEN PAS NEGERI PERAK KE 15 (2010)

Read more...

TAHNIAH KEPADA 2 AHLI PAS TAMBUN

Pastambun.blogspot.com mengambil kesempatan kerana terpilih sebagai peneima anugerah Pemidato Terbaik kepada AF Ust Fairuz Hafiz dan Sdr Hadri Anugerah Pemimpin Harapan, anugerah telah disampaikan oleh Naib Presiden PAS YB Salehuddin Ayub di Konvensyen PAS Perak kali ke 15, untuk makluman Sdr Hadri juga adalah penerima Anugerah Salehuddin Al-Ayubi Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun pada tahun lepas... Tahniah

Read more...

KURSUS INDUKSI PEMUDA TAMBUN

>> Sunday, August 08, 2010

Kursus Induksi Akademi Kepimpinan Pemuda PAS, telah dirasmikan oleh Timb Ket Pemuda PAS Perak

Ucapan Alu-aluan Ketua Pemuda PAS Tambun, Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin

Pengarah Program Sdr Helmi Ibrahim

Jamuan tetap diadakan walaupun harga barang semua naik...

Sebagian dari peserta Kursus, bersila yeop, mungkin di antara tarbiyyah kecekalan.. 2 in 1 program...

Bergambar di akhir program , tahniah kerana dapat habis ke akhir program..

AF Ust Latif menyampaikan cenderahati dan hadiah kepada pemenang kuiz.

Read more...

KAMI MENJEMPUT SESIAPA YANG TAK PUAS HATI DENGAN UMNO JOM SERTAI PAS....SEMUA SEKALI

Ketua Penerangan Pemuda Umno Bukit Bendera, Rose Akmar Ahmed telah membuat laporan di balai polis Butterworth, mendakwa kepimpinan Umno negeri, gagal menjalankan tugasnya untuk memaklumkan kepada ahli mengenai mesyuarat perwakilan bahagian.

Rose Akmar (memegang laporan), yang diiringi beberapa penyokong, termasuk ahli jawatankuasa Umno Ayer Hitam, Syaikh Zainol Ariffin, berkata beliau menerima mandat daripada Pemuda bahagian untuk berbuat demikian kerana mesyuarat perwakilan tersebut telah dijalankan hari ini.

Rose Akmar, yang juga ketua Umno cawangan Kampung Mutiara, adalah empat perwakilan yang membuat laporan polis pada 9 Julai lalu, mendakwa mereka tidak menerima notis panggilan mesyuarat bahagian.

Mereka mendakwa kepimpinan Umno negeri itu bertanggungjawab menimbulkan masalah tersebut dan mendakwa beliau hanya menerima notis tersebut pada hari Jumaat (6 Ogos) - sehari sebelum mesyuarat perwakilan bahagian diadakan, dan beliau enggan menerimanya.

"Seseorang dari kepimpinan negeri bertemu saya di Sunway City (Seberang Jaya) dan menyerahkan notis tersebut, tetapi saya enggan menerima," katanya.

Rose Akmar berkata, beliau enggan menerimanya kerana notis tersebut sepatutnya dihantar sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh mesyuarat.

Umno Bukit Bendera dilanda kontroversi sejak ketua bahagian itu, Datuk Ahmad Ismail (kiri) digantung keahliannya pada 2008 kerana membuat kenyataan yang menghina masyarakat Cina.

Minggu lalu, Ahmad mengumumkan keputusan mengejutkan untuk menarik diri daripada dilantik semula menerajui bahagian tersebut, selepas 36 ahli jawatankuasa bahagian meletak jawatan beramai-ramai untukmemberi laluan kepada beliau bertanding semula.

Read more...

BANNER PALING BOOM MINGGU INI..

>> Wednesday, August 04, 2010

(klik kat gambar utk tulisan yang lebih jelas)


GreenBoy : Kang kata x ngaji , kome marah... hancor yop di buat oleh UMNO ni....

Read more...

SUBNAHALLAH!! CHEETAH WITH BABY MONKEY



Inilah Rahmat Allah yg dilimpahkan pada mahluk-Nya agar saling mengasihi. Seekor harimau, memburu seekor monyet betina yg sedang bunting, setelah membunuh dan menyeretnya tiba-tiba terkeluarlah janin (anak) dari perut monyet betina tersebut, Lantas apa yg di lakukan oleh harimau tersebut..??? Ianya seakan menyesal membunuh ibu monyet tersebut, lantas sbagai menebus ksalahan, ia mengasihi, merawat dan melindungi anak monyet yg baru lahir itu.. saksikanlah..!!

Read more...

HAMPIR 3000 HADIR KE MAJLIS PENERANGAN EXCO KANAN DATO HAMIDAH



Kehadiran hampir 3000 orang hadirin ke Majlis Penerangan UMNO Barisan Nasional yang telah cuba didedahkan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, kehadiran yang begitu ramai telah mengakibat jalan masuk ke tapak program malam tadi sesak hingga kenderaan tidak dapat bergerak sehingga 5 kilometer.

Para hadirin yang begitu ramai juga telah membuat mereka begitu teruja dan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar mereka iaitu YAB Berhormat ZAMBRY ABDUL KADER... dan akan memberi sokongan dalam piliharaya yang ke-13, sokongan tersebut boleh dilihat apabila tepukan dan sorokan 1 Malaysia yang kedengaran sehingga 2 kilometer... "1.... Malaysia"

Begitulah agaknya Utusan Meloya akan laporkan pada surat khabor esok...

GreenBoy : Peeeerahhh... nasi lemak malam tu x lemak kot..

Read more...

SELAMAT JALAN SAUDARA FAIZ KE GAZA




Pada sebentar tadi beberapa orang wakil pemuda caw. Kg Tg Hussein dan DPPK Tambun telah meraikan pemergian sdr Faiz dari Pas Caw. Kledang Raya ke Gaza Palestine dalam rombongan kemanusian Gaza , beliau dan 40 orang sukarelawaan yang lain akan berangkat pada jumaat ini... Kami ucapkan kepada beliau semoga selamat pergi dan pulang yang tidak tahu lagi dan didoakan agar menemui cita-citanya di sana InsyAllah ... Takbir

Read more...

HEBATNYA TUAN GURU...

>> Wednesday, July 28, 2010

Anwar dikagumi tegas pertahan prinsip – Nik Aziz

KOTA BHARU, 28 Julai: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan.

Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.

“Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy.

“Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Pembangkang tersebut dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar hari ini menyebut kerjasama Umno dan PAS tidak akan menjadi realiti meski pun tanpa kehadiran Menteri Besar Kelantan.

Anwar dipetik sebagai berkata, Umno merasakan sekiranya mereka boleh tawan Nik Aziz, mereka boleh tawan PAS.

Mursyidul Am itu merakam ucapan tahniah sepenuh hati kepada Anwar di atas ketegasan beliau dalam perjuangan.

Menurutnya ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang ada pada pemimpin memperjuangkan kebenaran dan hak hakiki.

“Istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama.

"Prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP