Mahu berpadu tapi Umno sendiri berpecah

>> Sunday, July 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Bagaimana mungkin Umno mengemudi perpaduan Melayu sedangkan perpaduan itu tidak wujud dalam tubuh badannya sendiri, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhd Nur Manuty.

Katanya, Umno kini adalah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Umno, ujarnya umpama sebuah bangunan yang kelihatan besar dan hebat, sedangkan segala tiang, rasuk dan gelegarnya telahpun hancur luluh dimakan bubuk dan anai-anai yang bakal runtuh bila-bila masa sahaja.

“Dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang berlaku, kita meramalkan satu krisis baru yang amat menggemparkan akan berlaku di dalam kepimpinan Umno tidak berapa lama lagi, percayalah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, perjuangan para pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat kerana asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati.

Maka, katanya amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa.

Menurutnya, dana dan sumber negara di mana jua akan diperah dan khianati semahunya, maka judi sukan yang jelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana.

Hakikatnya, kata beliau lagi perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan.

Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai…” (Ali-Imran: 103)

“Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong Umno dan para kuncunya,” ujarnya.

Ia, ujarnya perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia.

Tegasnya, jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama in dan suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada.

Di samping itu, katanya wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam.

“Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan.

“Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah. Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan,” katanya.

Justeru, menurutnya, masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat di mana perkara itu sedang menjadi kenyataan.

Menurutnya lagi, masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka.

“Perkembangan inilah yang amat menggerunkan Umno sekarang ini, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang ditelan gelombang rakyat yang menuntut keadilan,” katanya.

Read more...

BUKAN JUMPA YANG MACAM TU..

Teman rasa Dato' Hassan silap kot, Mufti tu maksudkan bukan pertemuan seperti yang diakui oleh Dato' Hassan semalam, lebih dari tu.. Kalau jumpa macam tu biasa le.. teman pun ada jumpa Dato' Mufti ni, pertemuan lebih intim , serius dan mempunyai agenda yang tersendiri...

Teman mesti ada orang lain ni.. bukan Dato' Hassan Ali.. ataupun mungkin juga Dato' Seri Mufti anggapkan pertemuan macam tu pun serius benor, Dato' Seri Mufti ni tau ke apa dia fungsi muktamar.

GreenBoy : Selam punya selam jumpa sotong Paul , tanya pada Paul apa ko buat dalam laut ni, ko kan tempatnya dalam kolam, Paul kata "Dema nak gulai kicap kan aku.." ehmm betul ke Paul ni, dia tau ke gulai kicap tu apa..

Read more...

NI DIA CONTOH TUAN GURU YANG KITA NAK IKUT..

>> Saturday, July 24, 2010





Kepada OSTAD yang kaki mengambil kesempatan, mai ambil iktibar dari Tuan Guru ni yang tidak menukarkan Agama dengan nikmat dunia yang murah dan tidak berharga...

Read more...

APA YANG OSTAD MAKSUDKAN ...

Baru-baru ni teman dengor kuliah agama di radio yang pukul 1.30 pm punya, ada sorang OSTAD berkata ".. kalau orang tu melompat ke kumpulan sebelah sana.. orang sini kutuk dia.. dan bila orang ni bersama dengan kumpalan yang belah sini orang sana pulak kutuk dia.. jadi ini satu perkara yang tidak baik dalam Islam" lebih kurang le katanya..

Dalam tekaan teman mungkin ada silapnya teman ni, tetapi dalam keadaan dan suasana sekarang apa yang nak ditujukan oleh OSTAD tu tadi semua orang akan faham, ianya adalah orang Pakatan 'kutuk' beberapa orang manusia yang telah bertukar menjadi katak-katak suruhan (maksudnya dulu dok dalam pakatan elok-elok pastu dapat habuan melompat ke Bebas-BN)

Jadi teman nak ingatkan pada OSTAD ni, kalau tujuan nak mengampu BN baik masuk politik dan bertanding dalam pilihanraya ..

Yang orang pakatan kutuk si Kata-katak ini ialah apabila sudah berada dalam sebuah parti yang nak memperjuangkan nasib rakyat (UMNO-BN baru ni jer nampak baiknya.. sebelum mereka nilah yang membuatkan melayu-Islam ni hancur) lepas dapat habuan dan hancurkan kerajaan yang di bina oleh rakyat.. disebabkan manusia berwajah dan bersifat katak inilah menjadikan Perak dalam keadaan yang tidak makmur dan aman.

Sekali lagi kami nak menegur OSTAD di Radio ni... cuba jangan nak ambil kesempatan dengan nama Islam dan berwatak baik... dan jangan sampai rakyat dan masyarakat Islam membenci anda sehingga anda tidak boleh mengangkat kepala kerana malu kepada mereka... hormatlah ilmu yang Allah berikan dan jangan menukar-beli dengan habuan dunia yang murah dan tidak berharga...

GreenBoy : Aiihh lain macam kelicapkuning ni..

Read more...

MERAIKAN MAJLIS PERNIKAHAN SAHABAT PKR DI SANDAKAN

>> Friday, July 23, 2010


Layanan yang mesra dan layanan yang cukup baik dari tuan rumah, terima kasih..
Tuan rumah (bersongkok hitam) sedang menyantuni para tetamu...

YDP sedang melayan jamuan yg enak dari bangsa Bugis, sempena majlis pernikahan anak sahabatnya Sdr Mohd Tahir Mamong

Read more...

PRODUK KELUARAN PASTI..

Juara Khutbah PAS Peringkat Kebangsaan 2008



Pelajar Non-Muslim di PASTI



Read more...

HIMPUNAN WARGA FELCRA PERINGKAT KEBANGSAAN

>> Sunday, July 18, 2010

Read more...

APAKAH MUSLIHAT DI SEBALIK CENDEMATA YANG DI BERI

Anugerah yang diberikan oleh Khir Toyo bekas menteri besar Selangor kepada Majlis Tempatan yang tidak menunjukkan prestasi yg baik
Yang ini kami masih tercari-cari maksud di sebalik pemberian cenderamata sempena Perhimpunan Melayu Perak anjuran GMP, cenderamata yang disampaikan oleh Pengerusi GMP Datuk Seri Helmi kepada Tan Sri Dato Seri Harussani selaku orang yang menawarkan diri sebagai orang tengah perpaduan PAS & UMNO, cenderamata berupa sebuah kipas tangan pengantin (bertanahkan baldu dan bertekat benang emas) apakah yang dimaksudkan pemberian tersebut.

Rasanya (dalam fikiran org x pandai ni) dalam masyarakat melayu tidak ada sinonimnya dengan kipas tangan tu, kalau boleh teman beri cadangan apakah salahnya beri tepak sirih sebagai pembuka bicara orang kita...

Ataupun mungkin ada maksud lain kot... x tau le, tu masing-masing punya taksiran lah yek.

GreenBoy - Tapi guna kipas elektrik lagi cepat sejuk, lagi cepat orang suka.

Read more...

KETUA PEMUDA MENINJAU KE ATAS BUKIT SAMPAH DI TG RAMBUTAN

>> Saturday, July 17, 2010

Pemandangan yang sangat indah dari atas bukit sampah di Tg Rambutan, sekarang saya berada di atas bukit sampah yang dimaksudkan,angin yang sepoi-sepoi bahasa tetapi bau yang amat dahsyat dan amat menjijikkan.. Oleh kerana tidak puas hati dengan laporan yang di buat tempohari (http://pastambun.blogspot.com/2010/05/menjijikan-busuk-dan-memburukan.html) Semalam KP Tambun telah meninjau dengan lebih dekat operasi yang berlaku di atas bukit tersebut...

Pemandangan di atas Bukit Sampah tersebut yang tiada tanda-tanda untuk memindahkan bukit ini, kerja menolak sampah dan membuang masih berjalan walaupun sekarang jam menunjukkan pukul 5.30 petang.

Sdr Zairul bersama dengan salah seorang pengutip sampah, mereka mengumpul apa sahaja barangan yang boleh dijadikan pendapatan untuk menyara keluarga di rumah... mungkin pendapatan mereka sama dengan pendapatan sebulan saya, mana tahu... risau jugak lain macam je diorang melihat saya.. mereka bagitau saya "cari makan abang..."

Anak panah menunjukkan kedudukan Kolej Sains Perubatan Bersekutu yang kemasukan di jangka pertengahan tahun depan dan dianggarkan pengambilan seramai 600 orang pelajar... apakah mereka juga akan menjadi mangsa bau busuk dari bukit ini... dan cuba bayangkan ketinggian bukit ini berdasarkan puncak pokok-pokok tersebut.

Sekian laporan dari Bukit Sampah Tanjong Rambutan Ipoh, terbakar kampung boleh di lihat asapnya tetapi terbakar hati sapa yang tahu... jadi jangan bakar kampung anda.

Read more...

BUKTI UMNO TAK ADA HUJAH DAN SEMEMANGNYA BENGAP SAMPAI KE SUDAH

>> Thursday, July 15, 2010

SEMPENA PERHIMPUNAN MELAYU YANG AKAN BERLANGSUNG 17 JULAI INI DI DEWAN BOUNQUET SUK IPOH..




DIJEMPUT SELURUH PENGUNJUNG UNTUK MELAYARI SITE INI, KITA SAMA-SAMA LIHAT KEDANGKALAN UMNO DALAM BERHUJAH DENGAN AHLI PANEL PAS..

http://perisik-rakyat.com/2010/07/rakaman-wacana-perdana-bolehkah-melayu.html

Read more...

HOREIIII AKHIR DINAIKKAN JUGA...



Fakta yg memaparkan betapa kesungguhan KPDN menerangkan kepada wakil DPPN Perak bagaimana mereka menanggani krisis gula.. perhhhh hebat
Dan wakil DPPN pun tertanganga dgn penerangan pengarahnya dgn menerangkan gula tidak akan naik.. kami tetap menegaskan bahawa kerajaan akan menaikkan harga gula dia kata tidak.. kami kata rakyat sudah bosan dengan penjelasan kerajaan tentang kenaikan harga barang..

Bersungguh untuk menyakinkan kepada kami tentang harga gula tidak akan dinaikkan.. betul sesedara.. harga gula tidak akan dinaikkan..


Akhirnya ini yang kita dapat... porahhhh ...

Read more...

5 BARANG AKAN NAIK BILA MINYAK NAIK 5 SEN ESOK

Kerajaan masih tidak belajar dari kesilapan silam apabila minyak naik barangan lain akan turut naik antaranya gas, gula dan tepung..

TUMBANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP