GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUN DPPK TAMBUN 2010

>> Tuesday, March 30, 2010

Dalam keadaan menahan kesakitan, Akh Zairul memberi ucapan penutup dalam mesyuarat Agung tersebut..

Semakin segak dengan Baju Korporat dan semakin mantap... sedang melaungkan Doa Wehdah


Di antara yang hadir..
AF Ust Wan memberi tau jihad mewakili PAS Kawasan Tambun

GreenBoy : terima kasih Akh Zairul kerana memberikan gambar.. mana muslimat punya...

Read more...

SAYA HARAP SIGN BOARD INI BUKAN KP TAMBUN


GreenBoy : Gambar ini diambil di Pekan Tasek, teman amat berharap ianya bukan kepunyaan Akh Zairul.. KP Tambun

Read more...

BUSINESS HOURS..

>> Monday, March 29, 2010



Read more...

SAHABAT TAMBUN DI YAMAN..

>> Sunday, March 28, 2010




San'aa (Yaman), 21 Mac: HARI ini merupakan hari ketiga kami berada di San'aa Yaman, setelah tiba pagi Jumaat 19 Mac baru-baru ini. Perjalanan kami dari KLIA memakan masa 16 jam setelah pesawat Yemenia membawa kami ke Jakarta, Dubai dan seterusnya San'aa. KLIA-Jakarta 1 jam 45, Jakarta ke Dubai 7 jam, satu perjalanan yg agak menjemukan kerana terlalu lama terperuk di tempat duduk cuma menariknya menyaksikan kehebatan dan keajaiban terbang di atas awan yang cerah memanjang sedangkan waktu Malaysia ketika itu sudah hampir waktu Isya'. Kata penumpang Indonesia di sebelah, "Masih sore pak".

Ternyata juga hasil pemerhatian ringkas lapangan terbang KLIA jauh terkehadapan modennya berbanding Jakarta yang 'simple', dan San'aa pun begitu. Jumaat kami solat di masjid berhampiran Istana Presiden Yaman. Jumaat di sini kebanjiran dengan ribuan manusia hinggakan jemaah melimpah di atas jalan raya. Isu yg disentuh adalah tentang ancaman terhadap masjid Al-Aqsa dan ancaman ke atas Yaman yg dihimpit oleh pelbagai usaha untuk meminda undang-undang syariah sedia ada dengan percubaan memasukkan perisytiharan Shidao yg menghalang perkahwinan awal dan menganggap itu sebagai jenayah terhadap wanita, meniduri isteri sendiri tanpa kemahuannya boleh dituduh merogol isteri sendiri dan salah disisi undang-undang. Juga disentuh tentang usaha mewujudkan kumpulan gay dan lesbian di Yaman yang sedang diusahakan supaya boleh didaftarkan persatuan mereka atas nama kebebasan hak dan seterusnya ke arah menuntut keharusan berkahwin antara lelaki sama sejenis dan perempuan sama sejenis. Nauzubillah....

Khutbah disampaikan oleh Syeikh Hazzaq yang kemudian menggesa jemaah berjihad dengan harta membantu umat Islam Al Quds yang cuba diusir oleh rejim Zionis-Yahudi dari Masjid Al-Aqsa yang sekarang ini berdiri di atas tiang-tiang yang rapuh kerana pelbagai terowong telah digali di bawahnya. Dan Zionis-Yahudi merancang untuk mencipta gempa bumi buatan yang akan mewujudkan gegaran seterusnya mengakibatkan Al-Aqsa roboh dengan sendirinya dan dengan itu mudah bagi mereka membina haikal Nabi Sulaiman.

Mengakhiri khutbah beliau mengajak semua jemaah berdemonstrasi menyatakan bantahan terhadp rejim Zionis-Yahudi ke atas Al-Aqsa. Solat berjemaah dirata-rata masjid di sini paling kurang 5 saf, kalau satu saf 30 orang kiralah sendiri. Solat Subuh pun begitu.

sumber: http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/

Read more...

LAGI KES KENA DERA... ANAK PUKUL ANAK KERANA MAHU BERTUDUNG

>> Thursday, March 25, 2010

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk
!

Read more...

31 Dec 2009 : BUANG BAYI DI IPOH

>> Sunday, March 21, 2010



IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.

Rajasekaran berkata, dia dan rakannya seperti biasa memungut sampah dalam tong sampah di pangsapuri tersebut sebelum dimasukkan ke dalam lori disediakan.


KP : Aku nak dengor Hamidah Ulor nak kata apa... sure dia kata alah baru berapa orang jer (pinjam ungkapan greenboy)... ataupun sure dia akan kata alah kelantan ada juga bukan perak jer..

Read more...

21 MAC 2010 : BUANG BAYI DI IPOH

KESIAN... Bayi perempuan yang dijumpai ditinggalkan di tempat pembuangan sampah oleh orang ramai yang lalu lalang di Jalan Medan Ipoh 1, petang semalam. Bayi yang dilahirkan cukup sifat itu kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). - Foto BERNAMA


IPOH: Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan sehelai kain dijumpai ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di sebuah pusat membeli belah di sini semalam.

Bayi yang baru dilahirkan itu dijumpai oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dan telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Timbalan Pengarah HRPB, Dr Raimi Goon berkata bayi yang cukup sifat itu telah dikejarkan ke hospital berkenaan selepas dijumpai oleh orang awam pada kira-kira 6 petang.

Beliau berkata bayi tersebut sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Azisman Alias berkata polis telah menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menyiasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Read more...

REKOD TERBAIK : 17,303 ANAK LUAR NIKAH UNTUK TAHUN 2009

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.


Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanyA

PETIKAN BERITA HAIRAN !

GreenBoy : Sure org UMNONoi Oinkk kata alah sikit tu baru 17 ribu, sepatutnya lebih banyak lagi...

Read more...

1 ISRAEL = 1 MALAYSIA


“Mungkinkah Slogan 1Malaysia yg dilaungkan PM DS Najib bagi mengambil hati masyarakat majmuk di Malaysia, ditiru dari pendekatan politik Israel?

Ia berkaitan konsep One Israel pertama kali diumumkan tokoh politik Israel Yitzhak Yitzhaky pada 14 Okt. 1980 dan diperkukuh oleh pmmpin Parti Buruh, Ehud Barak sebagai startegi politik pilihanraya Israel 1999. Persamaan ini munkin pengaruh Freemason yg didalangi oleh golongan Yahudi. Golongan ini pintar serta cuba mengatur pimpinan dunia.1Malaysia hanyalah slogan politik berikutan kuat berbau perkauman.
Sasterawan dan aktivis politik, Azizi Abdullah menyifatkan jika benar ditiru dari Israel menunjukkan kepimpinan BN khususnya Najib sebagai pemimpin tiada maruah. “Asik tiru gaya org lain, pinjam org lain buat apa, buatlah sendiri.Saya tak tahu apa bendanya 1Malaysia, mengarut saja, katanya lagi.

Konsep One Israel berakhir berikutan parti Gesher menarik diri dari gabungan pada 4 Ogos 2000 berikutan pembabbitan Barak dlm kem David bersama Yasser Arafat.
Tidak kurang menarik ialah konsep wawasan 2020 yg diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir pd tahun 1991 sebagai dasar, juga seakan-akan dicedok dari konsep Israel 2020.

Sebenarnya Israel 2020 adalah satu pelan induk yg dirangka oleh 150 org ahli politik dan Ekonomi Israel sejak 1948 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 1990 utk mendirikan sebuah negara..

Mungkinkah Slogan 1Malaysia yg dilaungkan PM DS Najib bagi mengambil hati masyarakat majmuk di Msia, ditiru dari pendekatan politik Israel?
Ia berkaitan konsep One Israel pertama kali diumumkan tokoh politik Israel Yitzhak Yitzhaky pada 14 Okt. 1980 dan diperkukuh oleh pmmpin Parti Buruh, Ehud Barak sebagai startegi politik pilihanraya Israel 1999. Persamaan ini munkin pengaruh Freemason yang didalangi oleh golongan Yahudi. Golongan ini pintar serta cuba mengatur pimpinan dunia.1Malaysia hanyalah slogan politik berikutan kuat berbau perkauman.

Sasterawan dan aktivis politik, Azizi Abdullah menyifatkan jika benar ditiru dari Israel menunjukkan kepimpinan BN khususnya Najib sebagai pemimpin tiada maruah. “Asik tiru gaya org lain, pijam org lain buat apa, buatlah sendiri.Saya tak tahu apa bendanya 1Malaysia, mengarut saja, katanya lagi.

Konsep One Israel berakhir berikutan parti Gesher menarik diri dari gabungan pada 4 Ogos 2000 berikutan pembabbitan Barak dlm kem David bersama Yasser Arafat.
Tidak kurang menarik ialah konsep wawasan 2020 yg diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir pd tahun 1991 sebagai dasar, juga seakan-akan dicedok dari konsep Israel 2020.
Sebenarnya Israel 2020 adalah satu pelan induk yg dirangka oleh 150 org ahli politik dan Ekonomi Israel sejak 1948 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 1990 utk mendirikan sebuah negara..

Mungkinkah Slogan 1Malaysia yg dilaungkan PM DS Najib bagi mengambil hati masyarakat majmuk di Msia, ditiru dari pendekatan politik Israel?
Ia berkaitan konsep One Israel pertama kali diumumkan tokoh politik Israel Yitzhak Yitzhaky pada 14 Okt. 1980 dan diperkukuh oleh pmmpin Parti Buruh, Ehud Barak sebagai startegi politik pilihanraya Israel 1999. Persamaan ini munkin pengaruh Freemason yg didalangi oleh golongan Yahudi. Golongan ini pintar serta cuba mengatur pimpinan dunia.1Malaysia hanyalah slogan politik berikutan kuat berbau perkauman.
Sasterawan dan aktivis politik, Azizi Abdullah menyifatkan jika benar ditiru dari Israel menunjukkan kepimpinan BN khususnya Najib sebagai pemimpin tiada maruah. “Asik tiru gaya org lain, pijam org lain buat apa, buatlah sendiri.Saya tak tahu apa bendanya 1Malaysia, mengarut saja, katanya lagi.

Knsep One Israel berakhir berikutan parti Gesher menarik diri dari gabungan pada 4 Ogos 2000 berikutan pembabbitan Barak dlm kem David bersama Yasser Arafat.
Tidak kurang menarik ialah konsep wawasan 2020 yg diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir pd tahun 1991 sebagai dasar, juga seakan-akan dicedok dari konsep Israel 2020.
Sebenarnya Israel 2020 adalah satu pelan induk yg dirangka oleh 150 org ahli politik dan Ekonomi Israel sejak 1948 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 1990 utk mendirikan sebuah negara.

Sumber Sidangonline.net

Read more...

INI CONTOH ISI-ISI CERAMAH-CERAMAH UMNO.. HINA PARA ULAMA'

>> Wednesday, March 17, 2010

Read more...

JANIN BERSUJUD APABILA AYAT AL-QURAN DIBACAKAN

>> Sunday, March 14, 2010

Read more...

PASAR MINI TERBAKAR DI JALAN PEMIMPIN


Keadaan Pasar Mini yang terbakar di Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, kejadian berlaku pada jam 7.30pg, di mana sebuah Pasar Mini dan sebuah rumah 2 tingkat hangus di jilat api, diaporkan seorang warga emas turut tercedera apa cuba untuk menyelamatkan diri.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP