MAJLIS RAMAH MESRA & MINUM PETANG
>> Sunday, February 21, 2010
BERSAMA AHLI & PENYOKONG VETERAN PAS TAMBUN
TETAMU JEMPUTAN
YAB DATO SERI IR HJ NIZAR BIN JAMALUDDIN
TARIKH
28 FEB 2010 (AHAD)
MASA
3 PETANG
TEMPAT
PADANG TAMAN MERU 2B JELAPANG
MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.
(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)
Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.
"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.
Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.
Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.
Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.
"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.
"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.
Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.
Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.
"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.
"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."
Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.
Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.
Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.
Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.
Sumber Harakahdaily.net
Baru-baru ini Dewan Pemuda PAS Tambun telah meneroka sukan yang baru iaitu paintball, di mana sukan ini yang amat digemari oleh kaum muda khusus di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur.
Sukan ini adalah sukan yang mengabungkan seni taktikal dan ketahanan fizikal, di mana para pemain atau paintballers perlu mempunyai seni taktikal, team work, strategi dan ketahanan fizikal yang kuat.
Terdapat banyak pakej yang ada dalam sukan paintball ni, center flag, catch the flag, VIP atau President dan banyak lagi. Dan ada yang bermain di padang dan ada yang menggunakan alam semulajadi sebagai lapang sasar mereka.
DPP Tambun baru menjadikan hutan sebagai lapang sasar mereka. Ok Ikuti gambar ini bolehlah membayangkan betapa seronoknya permainan ini hingga team DPPK tak keluar-keluar sampai tamat permainan.. bravo .. lain kali kita cuba lagi.. tahniah Nasron and Team. Tapi walauapapun aksi bergambar kena ada, manco kena jaga.. ookkk snap.. Takbir..
Hoii kuar le, sampai bila kome nak duduk situ.. tembak le..

Keputusan yang diumumkan oleh mahkamah semalam sebenarnya hanyalah untuk menyempurnakan kekuatan negeri Perak yang asasnya hanya 3 orang yang tidak bermaruah ini.
Apalah sangat dengan kemenangan semalam yang hanya bersandarkan dengan 3 manusia ini (bolehlah juga disamakan dengan kekuatan 3 ekor katak), apakah Barisan Nasional boleh mendabik dada dengan kekuatan ini, jika dibandingkan dengan kekuatan wakil rakyat pakatan yang diangkat oleh sekalian rakyat.
Cubalah bayangkan jika 3 manusia yang tidak bermaruah ini berpaling tadah (walaupun ada angin-angin yang mengatakan surat hutang datang bertalu-talu ke rumah) apa akan jadi kepada negeri ini?
Oleh itu kami di pastambun menyarankan supaya 3 manusia ini masuklah dalam BN supaya tidak memalukan negeri ini, dan berilah peluang kepada Zambri memerintah dalam keadaan selesa dan membangunkan negeri.
KP..
Macam ada yang tak kena.. itu yang boleh dikatakan.. sebab sebelum ini kita diwar-warkan Nizar akan menang paling tidak 3 - 2, apa sudah jadi bila pukulan KO 5-0. Ini macam tak munasabah, walauapapun kita tunggu apa yang nak dibuat oleh Nizar dan para peguamnya.
Read more...Maklumat yang tidak rasmi mengatakan keadaan MB sekarang dalam keadaan gusar dan tidak tenteram sambil menunggu tarikh keramat 9 Feb 2010 ini, samada MB tersebut Zambri atau Nizar. Tetapi paling gusar ialah Zambri kerana maklumat yang kami terima sudah bermalam diadakan solat hajat dan bacaan Yassin (tak tau le apa tujuannya - kerajaan kome kan kerajaan haram) di kediamannya dan majlis kemuncak akan diadakan pada 6 feb 2010 ini, dijemput semua rakyat jelata hadir dan makan akan disediakan.
Dengor khabar dema pun bermunajat atas padang je bukan buat dalam kediaman, dulu kume buat kome kata tak elok le mcam-macam lagi kome kata sekarang kome pun pun buat macam tu.
Walauapapun kita akan tunggu...
Pemuda PAS cabar Tajol Rosli letak jawatan Adun
| Azamin Amin Tue | May 13, 08 | 12:59:59 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur mencabar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali untuk meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Hulu bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan tersebut. Ini memandangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau seolah-olah tidak mahu mengaku kalah pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini dan masih mengangap BN masih relevan lagi. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan itu Shamsul Effendey Abdul Rahim yakin jika beliau sanggup mengosongkan DUN Pengkalan Hulu tersebut, ilihan raya kecil kelak akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat. "Beliau juga seharusnya meminta kesemua Adun yang mewakili BN meletak jawatan serentak. "Dengan cara ini agar rakyat diberi peluang semula untuk memilih wakil yang betul-betul boleh memberi khidmat kepada rakyat negeri Perak," katanya Katanya Tajol sepatutnya menjadikan situasi yang berlaku di Perlis dan Terengganu, sebagai 'signal' yang jelas kepada beliau untuk berundur secara terhormat segera. Ini ialah petikan dari berita yang disiarkan di harakahdaily 13 may 2009...Ternyata Zambri Al-Kulubi ini memang tak ada pendirian dan otaknya kosong, tak tahu nak mencetus isu, hanya tahu meniru dan meniru. Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun mencabar beliau kosongkan 3 Dun yang haram sekarang ini. |
© Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP