MAKLUMAT TERKINI DARI PUTRAJAYA
>> Tuesday, May 24, 2011
KENYATAAN MEDIA PEMBAHAGIAN TANAH YANG TIDAK ADIL
>> Saturday, May 21, 2011
Jalan yang lenggang dan tenang ini akan dipenuhi dengan hingar bingar kenderaan yang keluar masuk ke kg aku sayangi ini.. walaupun pemilik pasaraya ini tidak mengambil tanah-tanah mereka yang berada di sekitar pasaraya ini buat masa ini, apa akan jadi apabila kenderaan yang bertali arus masuk dan keluar dari kawasan ini, dengan ruang parkir yang tidak dapat menampung kenderaan yang datang , mereka akan meletakkan kenderaan di sepanjang jalan ini, dan pada masa itu penduduk di sekitar akan terpaksa melepaskan tanah-tanah dengan harga yang tidak munasabah, mereka akan mengunakan akta yang tidak adil kepada penduduk-penduduk.. lantak kome le , rumah mak aku kat lorang 3, tapi x boleh juga sebab bunyi kereta akan ngangu anak aku nak tidor.. jadi aku akan tetap buat bising selagi kome tak senyap.. lupa pulak ye apa nak jadi dengan pengusaha kedai-kedai runcit di sekitar Manjoi dan peniaga di Pasar Pagi UMNO dan PAS..? Nazri ko nak jadikan kampung ini sebagai apa ye..
KP : Apakah mereka semua tidak memikirkan tentang masalah sosial yang akan di penduduk kampung ini akan hadapi nanti, apakah mereka nak jadikan kampung ini sebagai pusat longokan mat-mat lepak yang sekarang ini pun mereka tidak dapat menguranginya , apakah peranan ketua kampung Tn Hj Omar???? Read more...
PAK JABIT BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK KG SRI KLEBANG
Pak Jabit (atau Man Kadir atau Man Seladang) ha3x dengor nama pun nak tersenyum, beliau adalah pelakon filem "hantu Kak LImah Balik Rumah", "Man Laksa" dan "Zombie Kg Pisang" yang lawaknya secara bersahaja tetapi mampu membuat penontonnya tersenyum dan ketawa
SEKITAR CERAMAH BOB LOKMAN DAN KETUA PEMUDA NEGERI
Ceramah yang dihadiri hampir 2000 orang di perkarangan Padang Taman Klebang Jaya pada 15 Mei baru lalu telah menyaksikan dengan mata mereka sendiri betapa ikhlasnya sdr Bob Lokman yang dikenali dengan pencipta lagu Isabella telah berceramah di pentas PAS, dalam ucapan beliau, menyatakan tentang betapa sistem yang wujud di Malaysia tidak mesra artis dan pelajar.
Sebelum dari itu di pentas yang sama, persembahan Sdr Yus dari kumpulan May dan Sdr Nuar harakah dengan mengalunkan lagu Isabella yang memukau para hadirin dengan suara yang hebat.
KP : Terima kasih kepada para petugas , PAS Cawangan Taman Klebang Jaya dan seluruh penduduk berhampiran..
PERAGUT DI SEKITAR GREENTOWN
Gambar ini di ambil di luar Masjid Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh, lebih kurang jam 8.45pg. Kelihatan peragut di belasah oleh seorang yang berada di situ.. pastambun.blogspot menyarankan kepada pekerja khususnya kaum wanita berhati-hati apabila melalui kawasan sekitar Greentown, terutama di waktu pagi sewaktu untuk kita sibuk untuk ke pejabat.
KP: ada ambil video , ttp x berapa clear..
SUASANA MAJLIS MAKAN MALAM PAKATAN RAKYAT KALI KE 3 DI SMJK YUK CHOY IPOH
>> Monday, May 16, 2011
Read more...
PESURUHJAYA PAS PERAK MENAMATKAN STATUS DUDA
>> Friday, May 13, 2011
Kalau depan rakyat rakyat di luar kalau makan pakai tangan mungkin le nak tarik pengundi.. ni makan dengan kebanyakannya orang PAS nak tarik pengundi apanya, ikhlasnya dia ..
Read more...
MALAM REMAJA BERBAHASA : BERBAHASA ERTI PERUBAHAN
>> Wednesday, May 11, 2011
KP : Kali ini kita berbahasa tentang perubahan.. mengapa perlu berubah?
AKHIRNYA TERSUNGKUR MENYEMBAH KE BUMI
>> Tuesday, May 10, 2011
Begitulah nasib usia makhluk, apabila tiba masanya ia akan berakhir, setelah lebih 100 tahun memberi perkhidmatan untuk mengawal trafik jalan masuk ke hospital bahagia tanjong rambutan akhirnya ia dirobohkan kerana pembinaan jalan masuk ke kolej sains perubatan bersekutu di dalam.
SEKALI LAGI HARGA GULA DINAIKKAN.. RAKYAT CERDIK DIBODOHKAN KERAJAAN MEREKA SENDIRI
Sekali lagi rakyat Malaysia dibodohkan oleh kerajaan Malaysia apabila gula naik kerana nak jaga kesihatan rakyatnya... harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen menjadikannya RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam menunjukkan satu lagi kegagalan besar BN mengurus tadbir negara.
Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen). Dari sketsa membodohkan rakyat ini apakah pengidap diabetes berkurangan? apakah dengan kenaikan 20sen dan menjadi RM2.30 rakyat akan mengurangkan jumlah gula dari 2 sudu menjadi 1 sudu? dan apakah semasa harga gula 60sen sekati dahulu rakyat mengunakan gula 5 sudu satu gelas teh 'O' kerana gula murah???
Jangan nak bodohkan rakyat ... para menteri ooooii.. kalau korang nak suruh rakyat gunakan 1 sudu untuk satu gelas teh 'O' korang naikkan menjadi RM5 satu kilo baru le sepadan nak mejaga kesihatan rakyat..
KP : Rakyat Malaysia sudah terlalu lama dibodohkan oleh Kerajaan mereka sendiri apabila nak naikkan harga barang.. Read more...