SDR. ROSLI AKTIVIS PARTI YANG CEKAL

>> Thursday, August 18, 2011

Bloggers PasTambun.blogspot sempat merakamkan foto terkini aktivis Pas Kawasan Tambun iaitu Saudara Rosli. Foto ini dirakam pada 18 Ramadhan / Khamis di Pusat Tarbiyah Sementara Pas Kawasan Tambun iaitu di Taman Meru sebelum solat Isya'.

Teruja melihat kehadiran beliau dengan berkerusi roda, saya meminta izin merakamkan foto terkininya untuk tatapan sahabat-sahabat jamaah yang tentu merindui kelibatnya dalam pelbagai aktiviti parti. Tidak kira panas mahupun hujan, Saudara Rosli sentiasa cemerlang di dalam melaksanakan tugasan parti.

Beliau kelihatan semakin sihat dan tetap bersemangat seperti dahulu. Apabila diajukan soalan berkaitan perkembangan dirinya, sambil tersenyum beliau menyatakan harapannya untuk terus berbakti kepada parti. "Berkerusi roda bukan penghalang" ujarnya. Beliau turut menyeru ahli dan penyokong Pas untuk terus istiqomah membantu parti untuk memenangkan Islam dan mengembalikan hak rakyat kepada pemerintahan yang adil.

Sebagai catatan buat sahabat pembaca, Saudara Rosli terlibat di dalam kemalangan apabila terjatuh dari atap rumahnya yang mengakibatkan tulang belakangnya patah. Buat masa ini beliau masih menjalani rawatan fisioterapi.

Insya'Allah kita bakal mendengar kata-kata semangat beliau menerusi majlis-majlis ceramah anjuran Pas Kawasan Tambun. NANTIKAN KEMUNCULANNYA !!

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP