PERAK MEMANG MILIK PAKATAN RAKYAT

>> Sunday, August 31, 2008

(gambar terbaru Tajol Rosli yang terkedu.)

Ehh!! Dah 31 ogos 08 yerk, kan ke hari I nak tawan Perak, ehmm tak jadi ler , kita ubah tarikh lain le.. malunya I.

Read more...

XPDC PEMUDA PAS TAMBUN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN










31 Ogos 08, Ipoh : Pada hari ini seramai 30 orang tenaga PEMUDA dan Amal kawasan Tambun telah mengadakan satu program XPDC dakwah sekitar DUN Manjoi, XPDC tersebut telah bermula dari pasar pagi Pekan Chemor, seterusnya ke pasar pagi Tmn Jati, pasar pagi Kg Sg Tapah dan berakhir di Pasar Tani Tmn Kledang.

Program serampang dua mata ini diadakan khusus untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang betapa perlunya kita menghargai dan menjaga kemerdekaan yang kita kecapi selama ini dan mengenangkan betapa susahnya perjuang yang benar-benar berjuang dalam mendapatkan kemerdekaan ini.

Di samping itu XPDC ini juga telah turut mengedarkan risalah Citra Perak (Buletin kerajaan Negeri Perak) dan beberapa risalah pedoman puasa.

Sambutan XPDC ini amat membanggakan dan mendapat sambutan orang ramai, yang rata-rata amat setuju dengan program ini diteruskan dengan berkala.

Dalam program ini juga dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perak AF Ust NorAzli Musa, dalam keadaan santai dan bersahaja sedikit sebanyak telah merapatkan hubungan diantara ahli pemuda dan pimpinan negeri.

Read more...

KETUA PEMUDA TAMBUN DIKURNIAKAN PUTERI YANG KE-2

26 Ogos 08 Ipoh : Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun Sdr Zairul Azrun telah dikurniakan seorang lagi puteri pada tarikh keramat di mana kemenagan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh yang calonnya ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Team IT Tambun dalam pertemuannya telah dimaklumkan bahawa puteri dan isterinya sihat, beliau juga akan merakamkan detik kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh dengan semangat kerja sama dalam nama puteri beliau, "Saya sebenarnya akan pergi ke Permatang Pauh bersama-sama pimpinan pemuda negeri kerana jangkaan Doktor bahawa isteri saya akan bersalin pada minggu hadapan iaitu 5 sept, tetapi ianya telah awal seminggu, jadi kebetulan dengan tarikh itu saya tidak dapat menyertai rakan-rakan ke Permatang Pauh, saya hanya dapat berdoa sahaja semoga kemenangan menyebelahi Rakyat" ujar Sdr Zairul.

Dengan semangat kerja sama Pakatan Rakyat itu beliau telah menamakan puterinya dengan nama Zuhaa Adelea yang membawa makna 'Karang-karangan keadilan kita'. Semoga ianya mendapat keberkatan dan kemakmuran untuk Rakyat

Read more...

Majlis Bacaan Yassin Untuk Ayahanda YDP Yang Tenat Sedang

30 ogos 08 Ipoh: Satu Majlis bacaan Yassin telah diadakan di Poliklinik At-Taqwa, Ampang, Ipoh, majlis yang diadakan selepas solat Isya tersebut diadakan berikutan keadaan kesihatan ayahanda Dr. Khairuddin yang semakin tenat, majlis ringkas tersebut telah dihadiri oleh ahli jemaah surau Pakat Koperasi , Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Manjoi dan seluruh ahli keluarganya.

Team IT Tambun mendoakan agar keputusan yang terbaik yang akan diberikan oleh Allah swt kepada ayahanda beliau iaitu Datuk Abd Malik.

Read more...

DATO' SERI HJ NIZAR DI KUALA KUANG


24 Ogos 08 - Ipoh : Satu majlis makan malam yang dianjur oleh Parti keadilan Rakyat Bahagian Tambun telah diadakan di Kampong Baru Kuala Kuang, dengan dihadiri ribuan penduduk kampong tersebut, majlis itu lebih amat bermakna dan ceria apabila kesudian YAB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak bersama-sama meraikan majlis makan malam tersebut.

Dalam majlis tersebut beliau telah memberi ucapan dengan berterima kasih kepada penduduk kampon baru tersebut kerana sokongan penduduk dengan memberi sokongan kepada calon pilihanraya dari Pakatan Rakyat walaupun tidak menang tetapi dapat menurunkan majoriti BN ketahap yang amat membimbangkan.

YAB Dato' Seri mengajak semua penduduk memberi sokongan yang lebih padu pada pilihanraya yang akan datang agar kemenangan ini akan dapat diteruskan dan akan menjadikan Perak yang bersih rasuah dan menegakan keadilan kepada semua kaum.

Read more...

ONE STOP JOURNEY KE SERAMBI MEKAH

>> Thursday, August 28, 2008



SEMPENA BULAN RAMADHAN INI DEWAN PEMUDA AKAN MENGANJURKAN ONE STOP JOURNEY KE SERAMBI MEKAH,

Objektifnya adalah untuk meluangkan masa para Ahli khususnya golongan pemuda untuk bersama-sama menikmati pengalaman berpuasa di Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga atau lebih di kenali sebagai Negeri Serambi Mekah, PEMUDA memahami ada dikalangan ahli PAS khususnya Pemuda sudah lama berkeinginan untuk merasai pengalaman berpuasa, berbuka dan bertarawih di tengah-tengah Bandaraya Islam Kota Baharu tersebut, tetapi oleh kerana kekangan masa dan kemampuan maka hasrat itu dipendamkan, jadi PEMUDA mengambil kesempatan tahun menganjurkan rombongan ke Kelantan dalam bulan ramadhan ini.

Tentatif

20 Sept 2008
4.00 pagi - Berkumpul di Depan Pejabat PAS Kawasan Tambun

5.00 pagi - Tiba di Masjid Grik & bersahur
- Solat Subuh

7.00 pagi - bertolak ke Bandaraya Kota Bahru

1.00 tgh - Tiba di Perkarangan Rumah Tuan Guru Nik Aziz
- Solat Zohor
- Rehat

3.00 ptg - Bertolak ke Bandar Kota Bharu
- Solat Asar di masjid Muhammadi
- Berbuka Puasa di Dataran Ilmu Kota Bharu
- Solat Maghrib di Dataran Ilmu Kota Bharu
- Ikut Aturacara di Sana

11.00 mlm - Selepas solat tarawikh bertolak ke Ipoh.



Sila HUBUNGI untuk tempahan tempat,

I. ZAIRUL ( 013-5284032)
II. AIDIL ( 016-5658796)
III. HELMI (012-5065775)
IV. UST LATIF (017-5213529)
V. AZMI (016-5971722)
VII. ARIFF(013-4213636)


CADANGAN bayaran penyertaan RM60.00 termasuk sewa bas, makan sahur, berbuka dan kudapan.

Read more...

KONVOI KEMERDEKAAN BAWAH NAUNGAN RAMADHAN


Tarikh : 31 Ogos 2008
Masa : 8 pagi
Tempat : Pekan Chemor, Tmn Jati & Tmn Kledang


Aturcara

8.00 pg - Berkumpul di Pasar Pagi Pekan Chemor
- Edarkan risalah

9.00 pg - Bertolak ke Pasar Pagi Tmn Jati
- Edarkan Risalah

9.30 pg - Bertolak ke Pasar Tani Tmn Kledang

- Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Bawah Naungan Ramadhan
- Ketua Pemuda Kawasan Tambun (Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin)
- Setiausaha PAS Kawasan Tambun (Sdr Khair Faizal Yahaya)
- Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (AF Ust NorAzli Musa)

- Edaran Bendera Malaysia & Risalah

Read more...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DI DALAM NAUNGAN RAMADHAN


KEPADA;

Seluruh Shaff kepimpinan harian kawasan Tambun, Muslimat, Pemuda & Ulama', warga ahli PAS Kawasan Tambun, penyokong dan pendokong, tidak ketinggalan kepada semua rakan-rakan dari kelab penyokong PAS di semua peringkat.



dari Tambun IT Team..

Read more...

PERTANDINGAN BOLA PIALA DR KHAIRUDDIN

>> Saturday, August 23, 2008





Read more...

Gambar Sekitar Muktamar
































































KEJAYAAN BERSAMA

Read more...

Perwakilan PAS Tambun Ke Muktamar - ke 54














Dari Kiri Cikgu Khatib, Dr Khairuddin, Hj Ghazali dan Hj Adnan

Read more...

Ketua Pemuda Tambun Kemalangan

>> Wednesday, August 20, 2008





























Ipoh: 17 Ogos 2008: Satu kemalangan telah berlaku di Kampung Tawas, yang mengakibatkan kereta yang di pandu Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun, saudara Zairul Azrun, kemalangan yang berlaku di sekitar jam 1.35 pagi itu dikatakan telah terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebuah kereta yang diletakkan di atas bahu jalan tersebut.

Walaubagaimanapun beliau dan anak perempuannya yang berumur 6 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan, "Syukur Alhamdulillah kami tidak mengalami kecederaan, mungkin saya terlalu mengantuk kerana menjayakan program muktamar ini, jadi saya terlelap dan terbabas lalu tergesel sebatang pokok dan melanggar kereta ini." jelas Zairul.

PasTambun dimaklumkan bahawa beliau baru sahaja pulang dari mengikuti Ceramah Umum yang di sampaikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Read more...

Persiapan sempena Majlis Perasmian Pejabat PAS Tambun

>> Tuesday, August 05, 2008


















Di antara kerja-kerja persiapan yang dijalankan ialah mengantung banting gambar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Read more...

Selamat Datang Ke Pejabat Urusan PAS Tambun



















Selamat Datang Ke Pejabat Urusan PAS Kawasan Tambun

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP